Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya pada hari ini aku dah 4 hari berdiet Atkins.Apa itu Diet Atkins??Sapa tau angkat tangan!!huhu..oklah,aku akan citer serba ringkas ttg diet Atkins ni..Diet ini adalah satu diet yang agak unik sikit..korang takleh berada pada mode lapo..pelik kan??biasa diet kena tahan lapo,ni terbalik plak,takleh lapo...huhuh..diet Atkin ni adalah diet yang low carbs,maknanya bg sesiapa yang tak pandai english tu maksudnya adalah karbohidrat rendah..diet yang biasa korang jmpa adalah low calories diet,iaitu diet rendah kalori dimana korang kena hadkan pengambilan kalori korang...maknanya korang kena banyak berlapo...oh tidak!!..tp dengan diet Atkins ini korang tak perlu berlapo dan tak perlu risau pasal kalori yang tinggi lg..korang boleh makan sepuasnya TETAPI korang perlu menghadkan pengambilan karbohidrat korang kepada 20g SEHARI..ader beran??oklah,Diet Atkins ni terbahagi kepada 4 peringkat:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
*Induction sekurang kurangnye 2 minggu..itu kalau setakat nak kurang 2-3 kg boleh la...kalau banyak nak turun,lame la induction ok? Asas utama dalam diet ni adalah induction.kalau korang tak lepas induction,maaflah,korang obes smpi bile2....biasanya 2 minggu je,tp kalau badan korang berat sgt,leh lajakkan smpi satu bulan atau 1 tahun atau 100 tahun sekalipun..huhuhu.oklah,berikut adalah makanan yang korang boleh sentuh tapi takleh makan semasa induction ini:
1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Ni lak menu yang korang boleh sentuh dan boleh makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..
6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari.. seeloknya jenama cheesedale.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..
oklah,nnt aku akan update ttg camne nak jadikan menu2 ini sebagai makanan harian korang..hhaha..apa yang aku nak bgtau,telur dan air masak adalah teman karib tekak korang selepas ini..hehehe..
oklah,jmpa lagi nnt..salam.
No comments:
Post a Comment